Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts
Voucher Berbuka Puasa Casa Ombak

Voucher Berbuka Puasa Casa Ombak

RMXX.00

Kategori: Buffet Ramadhan, Makanan Berbuka
Produk: Voucher Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Casa Ombak
Harga: RMXX.00 (First Come First Serve)
Kuantiti: While Stock Last

Voucher ini adalah lanjutan dan kesinambungan post berkenaan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang ditawarkan dan diterangkan sebelum ini. Dapatkan voucher berbuka puasa Casa Ombak sebelum terlambat.

Untuk Tempahan Sila Rujuk Maklumat Dibawah:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417 Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page Website: www.OmbakCreatives.com 

========================================================================
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
Buffet Ramadhan Casa Ombak - Jom Terjah

Buffet Ramadhan Casa Ombak - Jom Terjah

RM55.00/NETT

Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah antara senarai tempat berbuka puasa menarik untuk warga Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang, Malaysia.  Promosi buffet ramadhan 2014 Casa Ombak - Pasti enak, lazat dan amat menyelerakan!

Buffet Ramadhan 2014
Setiap kali tibanya bulan puasa atau ramadan, tentunya hidangan berbuka buffet ramadhan yang disediakan oleh hotel dan pengusaha restoran makanan menjadi menjadi trend terutamanya sebagai pilihan untuk berbuka. Berbagai juadah dan makanan istimewa disediakan untuk menarik pengunjung atau pelanggan.

Begitu juga dengan promosi harga buffet ramadhan 2014 terutama disekitar ibunegara, kini nampaknya sekarang ini menjadi semakin kompetitif disebabkan oleh faktor persaingan yang begitu ketara dan sengit.

Tetapi apa yang menarik, kebanyakannya tetap penuh atau "full house". Fakta ini jelas menunjukkan permintaan terhadap buffet ramadhan amat tinggi dan boleh dikategorikan sebagai salah satu suatu event yang esklusif setiap tahun.

Untuk itu, Kedai Pakcu kali ini ingin mempromosikan buffet ramadhan yang disediakan oleh Casa Ombak.

BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK - Jom Terjah
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Prop & Design Buffet Ramadhan Yang Disediakan Casa Ombak
Mungkin anda tertanya-tanya apa yang menarik sangat tu, tunggulah setelah habis membaca nanti pasti anda teruja bagaimana istimewanya buffet ramadhan yang disediakan oleh Casa Ombak ini. Terdapat 5 maklumat utama yang perlu anda tahu sebelum membuat pilihan. Kami pasti anda sukakannya!

Maklumat #1: Deskripsi ramadhan buffet Casa Ombak
Kategori: Makanan Berbuka, Buffet Ramadhan
Harga: Dewasa RM55/net, Kanak2 (5-12tahun) RM27/nett
Tempat: Casa Ombak, Kuala Lumpur
Tempahan: Tel - 03 21818750; Call/Whatsapp - 013 624 1417 & 012 662 1062 

Maklumat #2: Lokasi Restoran Casa Ombak, Kuala Lumpur (Google Maps)


Peta Lokasi Restoran Casa Ombak
No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Untuk anda yang berada di Kuala Lumpur mungkin tiada masalah untuk mengunjungi Casa Ombak setiap hari kerana lokasinya yang terletak berhampiran KLCC, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak. Mudah untuk sesiapa sahaja terutama penduduk sekitar Lembah Kelang datang ke restoran tersebut. Anda boleh gunakan kenderaan sendiri tanpa perlu bayar parking kereta.

Begitu juga jika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Kedudukannya buffet ramadhan casa berdekatan dengan perhentian bas dan stesen LRT, memudahkan anda untuk berjalan kaki dan ambil masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk sampai ke lokasi.

Tetapi untuk anda yang jauh, bolehlah buat tempahan awal hujung minggu. Bawalah keluarga anda bersama untuk menikmati juadah buffet ramadhan Casa Ombak yang sedap-sedap dan menyelerakan. Peta lokasi seperti dalam imej yang disediakan.

Maklumat #3: Menu dan hidangan Melayu buffet ramadhan Casa 2014

Terdapat beberapa sajian dan juadah istimewa yang disediakan oleh pihak Casa Ombak. Semua resepi masakan melayu kampong dirumus khas mengikut citarasa ramai sempena promosi Ramadhan 2014 ini.

Hidangan berkonsepkan selera kampong sebagai menu utama. Ada terdapat berbagai resepi dan juadah masakan orang kampong yang popular serta lazat-lazat termasuk kuih-muih, ulam-ulaman dan grill. Berbagai pilihan yang amat menyelerakan membuatkan anda sentiasa ingin datang lagi untuk berbuka puasa kali ke-2 atau setiap hari!

Juadah berbuka adalah dihidangkan secara buffet supaya anda dapat menikmati kesemua resepi istimewa buffet ramadhan Casa Ombak hanya dalam satu harga sahaja!

Maklumat #4: Berbuka dalam suasana alam damai di banglo Casa Ombak

Walaupun terletak di dalam bandar tetapi kedudukan Casa Ombak amat strategik dan mendamaikan. Suasana banglo dalam taman yang nyaman membuatkan anda terasa jauh daripada kehangatan dan kesibukan kota metropolitan.

Bagi yang sedang berpacaran, inilah masanya untuk menikmati buffet ramadhan casa ombak dalam suasana yang paling romantis...sambil mengilhamkan resepsi majlis Raja Sehari anda berdua nanti!

Maklumat #5: Kepakaran dan pengalaman pemilik (Casa Ombak) dalam 'event management'

Untuk pengetahuan anda, Ombak Creative Solution (pihak pengurusan Casa Ombak) adalah pakar yang berpengalaman dalam pengurusan event seperti Catering & Canopy untuk majlis perkahwinan, pertunangan serta sambutan harijadi. Kemahiran mereka adalah dalam menggubah dan merekabentuk, menghasilkan serta mengujudkan suasana kemeriahan yang bersesuaian mengikut tema majlis.

Maklumat berkenaan buffet ramadan casa ombak ini hanyalah antara salah satu fakta istimewa untuk dikongsikan bersama dalam memilih tempat buffet ramadhan murah yang paling menarik kerana saya telah beberapa kali berkunjung kesana sebelum ini. Faktor harga mungkin agak subjektif untuk membuat perbandingan tetapi secara keseluruhannya memang bernilai dengan apa yang anda belanjakan.

Restoran Casa Ombak juga merupakan antara kenangan manis sewaktu bekerja di tempat lama kerana disinilah biasanya kami mengadakan majlis perpisahan atau farewell party untuk staff...ADIOS!

KLIK SINI UNTUK VOUCHER PROMOSI BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK 2014
 
Copyright © 2017. Kedai Online Pakcu
Theme By Evo Template